dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Multimedia – Logo Online

15 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2017, telah diadakan satu Kelas Multimedia: Logo Online yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk melihat dan menilai tahap kreativiti setiap ahli PI Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara membuat logo secara percuma di atas talian. Untuk membuat logo tersebut, mereka hanya perlu mereka bentuk logo tersebut di laman web www.graphicspring.com. Di laman web tersebut, mereka boleh menukar bentuk logo, warna, tulisan dan warna pada tulisan mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, mereka juga boleh menghasilkan logo dengan secara percuma dengan menaip “Free Logo Online” pada carian Google. Selepas itu, Google akan menyenaraikan pelbagai laman web yang memberikan perkhidmatan membuat logo online secara percuma. Di dalam kelas ini, kita dapat melihat dan menilai tahap kreativiti setiap ahli PI melalui logo yang dihasilkan. Di akhir Kelas Multimedia ini, kita dapat lihat pelbagai logo yang kreatif dapat di hasilkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.